Perbincangan lanjut Kemaskulinan beracun

Penggambaran atau penarangan konsep perilaku ini tidak berniat menyerang buta kaum lelaki atau sifat-sifat yang dikaitkan dengan mereka, tetapi ia lebih kepada menekankan kesan bahaya yang ditimbulkan apabila terhadap tingkah laku tertentu yang ideal dan tradisional dalam kalangan lelaki seperti penguasaan atau dominans, berdikari dan persaingan dikekalkan secara paksanya. [1] [2] Maka, perilaku sebegini didasarkan daripada kepatuhan kepada peranan jantina lelaki tradisional yang menyekat jenis emosi boleh diluah anak-anak dan remaja lelaki sehingga hanya mampu menunjukkan kemarahan serta termasuk tanggapan masyarakat umum yang mengharapkan lelaki berperilaku dominan (" lelaki alfa ").[3]

Sesetengah tingkah laku maskulin yang ditetapkan secara tradisinya boleh menghasilkan kesan berbahaya seperti keganasan (termasuk serangan seksual dan keganasan rumah tangga), perangai kegasangan (promiscuity), perilaku yang berisiko dan/atau tidak bertanggungjawab seperti penyalahgunaan bahan, serta jalinan hubungan yang bermasalah.[4][5]

Perilaku sebegini menjejaskan masyarakat sekitar melalui perbuatanmembuli sesama orang sebaya serta keganasan terhadap lelaki di rumah. [6] Sosialisasi ganas sebegini menghasilkan trauma psikologi melalui pendedahan kepada keagresifan serta kurangnya hubungan interpersonal. Trauma sedemikian sering diabaikan atas tanggapan ia perkara lazim dan biasa dialami anak-anak lelaki kepercayaan bahawa ia , seperti dalam kata "lelaki akan lelaki" berkenaan dengan buli. [7] Peranan maskulin yang menekankan ketangguhan atau ketegapan, dominasi, berdikari serta tidak menonjolkan emosi boleh bermula seawal usia bayi sama ada melalui oleh ibu bapa, saudara mara lelaki lain malah sejauh anggota masyarakat.[4][8]

Rujukan

WikiPedia: Kemaskulinan beracun http://www.popsci.com/research-shows-that-toxic-ma... http://www.salon.com/2015/06/12/toxic_masculinity_... http://www.smithsonianmag.com/science-nature/sexis... http://motto.time.com/4273865/donald-trump-toxic-m... http://www2.clarku.edu/faculty/addis/menscoping/fi... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25860190 http://www.apa.org/monitor/2017/02/men-left-behind... http://www.apa.org/pubs/journals/releases/cou-cou0... //doi.org/10.1002%2Fjclp.20099 //doi.org/10.1037%2F0735-7028.27.3.259